Monday, 21 September 2015

Apa itu Lotus Birth?


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Hari ini saya ingin kongsikan artikel tentang Lotus Birth, pasti ramai yang belum pernah mendengar tentangnya…ini ada sedikit info yang dapat saya sediakan tentang kaedah kelahiran ini
Apa itu Lotus BirthLotus Birth berbeza dengan kaedah kelahiran yang biasa, kerana  tali pusat akan dipotong sebaik saja ia berhenti berdenyut. Kemudian plasenta (uri) akan dibersihkan dan ditanam namun dalam Lotus Birth, tali pusat tidak dipotong, dan dibiarkan bersambung antara bayi dan plasenta hinggalah ia tercabut dengan sendirinya.
Ironinya dalam Lotus Birth ini ialah plasenta telah memberi manfaat kepada bayi selama 9 bulan ketika  bayi dalam kandungan, maka ia boleh terus memberi faedah kepada bayi selepas kelahiran. Pengamal Lotus Birth percaya bahawa dengan kaedah ini, bayi tidak memerlukan imunisasi tambahan, kerana plasenta memberi cukup bekalan antibodi danimunisasi yang diperlukan oleh bayi.
lotus-birth-bengkung moden
Kaedah Lotus Birth:
  • Plasenta atau uri dibiarkan melekat bersama tali pusat dan bayi.
  • Plasenta atau uri dimasukkan ke dalam mangkuk yang bersih.
  • Tunggu sehingga tali pusat bayi berhenti berdenyut.
  • Plasenta dibasuh dengan berhati-hati.
  • Keringkan plasenta dan pastikan ada pengaliran udara agar ia cepat kering.
  • Boleh gunakan bunga-bungaan atau herba bagi mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dari plasenta.
  • Pastikan talipusat bayi dan plasenta sentiasa dalam keadaan kering.
  • Bayi diuruskan seperti biasa dengan talipusat masih melekat pada badannya.
  • Biasanya selepas seminggu talipusat akan tertanggal dan plasenta boleh diuruskan seperti biasa; tanam dan sebagainya.
lotus-birth-bengkung-modern
Lotus Birth dikatakan terdapat dalam ajaran Buddha, mungkin ada kaitan dengan kelahiran Siddhartha Gautama yang boleh berjalan sebaik saja dilahirkan, dan setiap langkahnya menghasilkan bunga teratai.
Di dalam Islam, uri diharuskan ditanam selepas dibersihkan dengan baik sebagai tanda penghormatan terhadapnya.
Negara Amerika merupakan negara perintis Lotus Birth ini , dan diperjelaskan bahawaLotus Birth ini sebagai langkah pencegahan untuk melindungi bayi dari jangkitan lukayang terbuka.
Walaupun ia agak baru di Malaysia,Budaya tidak memotong talipusat ini telah lama diamalkan dalam  budaya Bali dan budaya orang asli. Bali mempunyai pelbagai tradisi dan ritual mengenai proses kelahiran. Setiap kelahiran membawa cerita yang baru dan berbeza untuk dijadikan sebuah pelajaran. Setiap wanita menyanyikan lagu kelahiran sendiri untuk bayinya. Ada banyak kegembiraan dan perayaan pada saat kelahiran.
Antara beberapa sebab mengapa ibu-ibu memilih untuk melahirkan secara Lotus Birth?
1.Tidak ada keinginan ibu untuk memisahkan plasenta dari bayi dengan cara memotong tali pusat
2.Supaya proses peralihan bayi berlaku secara lembu, yang membolehkan penolong persalinan untuk memotong tali pusat pada masa yang tepat.
3.Merupakan suatu penghormatan terhadap bayi dan plasenta.
4.100% memastikan bahawa bayi mendapat kandungan darah optimum dan khusus yang diperlukan bagi bayi.
5.Mendorong ibu untuk menenangkan diri pada minggu pertama selepas bersalin sebagai masa pemulihan sehingga bayi mendapat perhatian penuh.
6. Mengurangkan kematian bayi kerana pengunjung yang ingin bertemu bayi. Sebahagian besar pengunjung akan lebih memilih untuk menunggu hingga plasenta telah lepas.
7.Alasan rohani atau emosional.
8.Tradisi budaya yang harus dilakukan.
9.Tidak bimbang tentang bagaimana mengklem, memotong atau mengikat tali pusat.
10.Kemungkinan menurunkan risiko jangkitan (Lotus birth memastikan sistem tertutup antara plasenta, tali pusat, dan bayi sehingga tidak ada luka terbuka)
11.Kemungkinan menurunkan waktu penyembuhan luka pada perut (adanya luka memerlukan masa untuk penyembuhan.sedangkan jika tidak ada luka, masa penyembuhan akan sekurang-kurangnya)
Hanya kerana tali pusat telah berhenti berdenyut tidak bermakna tali pusat menjadi tidak berguna lagi. Tali pusat boleh terus berdenyut sekitar 2 hingga 3 jam.
Apapun sebabnya untuk mengenal pasti kebaikan dan keburukan dalam sesuatu tindakan, rujuk lah kepada pakar-pakar dlm bidang tertentu atau sebagai sandaran. Dapatkan saranan daripada pihak-pihak yang lebih tahu tentang hal ini..

Monday, 8 June 2015

Diari seorang mama

Salam.... hari iols nak kongsi ckit dgn uols semua pasal duty i hari2 dpd pagi buta xd matahari smpai la...... muncul balik matahari besoknye..heheheh
Tapi..ramai kaum lelaki bergelar suami kat luar sana (ada la jugakkan...) yg rasa apa je laaaaa yg mak2 ni buat smpai kdg2 xcukup masa nak kemas rumah licin berkilat...
Macam iols ni part tym student yg weeeknder nye kat universitas!! Heheheh da bertahun2 bertapa xjugak abes2... haishhhh... so weekend mmg la iols xsmpat nak buat major cleaning kan... kalo tym xd kelas mmg iols kj kan rumah tu smpai licin berkilat...tp rumah iols ada 2 kanak2 comel yg sgt suka bereksperimen dan kaedah cuba jaya..so bila nmpak mama dia kemas rumah dorg seolah2 pelik dan tak puas hati rumah bersih n kemas mungkin x memenuhi kriteria yg dorg mahukan so... paling2 pon dalam 2jam je la mampu jd ala2 impiana... hahahahah
Weekdays pulak..iols ni keje... dpd kol9 smpai 6pm.. pagi2 bgn kena jumpa cik mesin basuh..then cik cerek cik kuali cik penyapu.... kemas bag skola anak2 bekal nak bwk g skola... siapkan susu..n ank dara iols tu still breastfeed..so kn laaa baring sekejap susukan dia kalo x... abesllaaa dgr suara dia menjerit pagi2 buta...
Then masak2.... mandi... opsss da kol8 anak2 xmndi lagi!!!! Kalo cik seben ada dia laa yg paling rajin tolong iols siapkan kanak2 comel tu... kalo dia keja kena la iols jd spiderman... gagagagaga
Then start engine kete g skola dorg... mmg slalunye smpai opis ontime orrrrr terlajak ckit laaa hehehehe... kat opis paham je laaaa keja...kje..kijo... sharp kol 6 cha alif but..heheh kalo cik seben xd iols g amik dorg kat skola smpai rumah da kol7... hangkut3 barang...angkat kain... then g jmpa cik cerek...cik kuali...kat dapur... mandikan kanak2 comel skali la ngn iols mndi... solat then makan... eh!! Da kol 9? Rumah xkemas lagi ni.... dpd kol 6 pagi td xsmpat lagi nak baring2 kecuali tym susukan c kecik td.... layan kanak2 comel..eh da kol 10.30?? Alamakkkk kain xlipat lagi.... buku apa pon xsentuh lagi... bilaaa la nak study kannn.... mata da ngntuk...bdan da penat... rsnye mkn la vitamin apa pon... manusia tetap ada hadnye... robot pon bole abes bateri ok.... kena recharge...  kalo cik seben ada xd la iols penat sgt sbb slalunye dia akan amik alih tugas siapkan anak2 so bole la iols buat kj lain... memang pertolongan dpd suami sgtttt la membantu isteri... so..... cik seben semua jgn nak mengarah je..bantu la isteri anda ok...dorg pon manusia... taw penat taw nak berehat n beriadah... oklaa... nanti story morey lagi k... bulan puasa da hampir tiba... maafkan salah silap iols ye... salammmm

Wednesday, 18 March 2015

salam semua... semoga semuanya sihat2 belaka...
la ni tgh pening nak memikirkan pasal car porch utk teratak comel kami tu...
sekarang dalam proses nak memilih dan mencari2 kontraktor yg sesuai.. so far da jumpa dua org sorg chinese da sorang maybe indonesian or malyasian sbb namanye mcm ke arah indonesian tp tataw la...
actually paling2 tthe penting is keja siap cepat dan saya dan suami puas hati yg amat sangat!!

dalam google2 pasal tiles ni ada la jugak jmpa a few brands of tiles ni.. wahahaah sebelum x pnh2 nak amik taw sampai la ketika nak buat porch car punya pasal baru la tergodek2 cari info pasal tiles ni...


ok... nanti saya akan share a few of design yg jumpa masa godek2 ni ye...!!

sayonara!!!

Punca sakit tumit

Punca sakit tumit




SAKIT tumit? 

Mungkin bunyinya agak remeh, tetapi sakit tumit adalah antara masalah yang sering membawa pesakit berjumpa doktor selain kerap mengambil cuti sakit kerana sukar berjalan.

Ada pelbagai faktor yang menyebabkan sakit tumit ini. Antara punca yang paling biasa adalah plantar fasciitis yang membabitkan kesakitan dan radang pada tisu yang dikenali plantar fascia.

Jika dilihat, plantar fascia merangkumi sejenis tisu panjang yang ada di bawah tapak kaki yang bermula dari ibu jari kaki sehinggalah ke tumit. Antara fungsi utama tisu ini adalah untuk menyerap hentakan pada kaki dan juga untuk mengekalkan bentuk gerbang atau arch di kaki.

Dalam kes-kes tertentu, tisu ini mengalami keradangan. Tidak diketahui apakah yang menyebabkan keradangan ini tetapi ia mungkin berkait rapat dengan proses penuaan selain trauma mikro yang berlaku berulang kali.

Selalunya, masalah ini dirasai dengan tanda-tanda seperti sakit tumit terutama pada waktu pagi, khususnya sejurus turun dari katil dan menjejakkan kaki di lantai. Ia juga berlaku selepas lama berjalan terutama dalam pekerjaan yang memerlukan individu banyak berjalan seperti jururawat.

Rawatan sendiri

ADA beberapa cara mudah yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah ini. Pesakit dinasihati supaya sentiasa memakai kasut yang sesuai seperti kasut yang mempunyai tapak lembut diperbuat daripada getah atau foam (seperti ada dalam kasut sukan).

Satu lagi cara ialah dengan menggunakan insole atau pelapik tambahan di bahagian tumit. Ia lazimnya diperbuat daripada silikon yang diletakkan dalam kasut untuk mengurangkan tekanan pada tumit dan melegakan kesakitan.

Pesakit juga boleh cuba meletakkan ketulan ais yang dibungkus dengan plastik dan kain ke atas tumit yang sakit. Kaedah ini berupaya mengurangkan kesan radang dan seterusnya sakit di tumit.

Senaman untuk meregangkan tisu plantar boleh dibuat beberapa kali sehari (disyorkan tiga kali sehari). Kajian menunjukkan senaman ini lebih berkesan jika ia dimulakan dalam masa enam minggu bermulanya sakit tumit. Seeloknya senaman untuk regangan ini dibuat pada waktu pagi dan juga sebelum berdiri, setelah duduk pada waktu yang lama. Ahli fisioterapi boleh mengajar teknikteknik senaman ini.

Rawatan doktor

SEBELUM memulakan rawatan, doktor mungkin akan menasihati anda supaya menjalani pemeriksaan imbasan sinar-X ke atas tumit untuk melihat tanda- tanda ketumbuhan tulang di tumit. Imbasan sinar-X boleh menunjukkan kesan klasifikasi tisu plantar itu.

Dalam kes-kes tertentu, doktor pakar mungkin juga mengambil keputusan membuat imbasan MRI yang dapat menunjukkan kesan inflamasi di tumit. Disebabkan tisu plantar fascia mengalami proses keradangan, doktor boleh memberi pesakit ubat antiradang selama beberapa hari untuk mengurangkan keradangan ini. Sesi fisioterapi dengan ultrasound juga dapat mengurangkan proses ini.

Selain daripada terapi ultrasound, satu lagi jenis terapi yang bukan invasif adalah penggunaan Extracorporeal shockwave therapy (ESWT). ESWT seakan ultrasound dan gelombang ditujukan kepada tisu plantar fascia untuk merangsang proses pemulihan.

Selain itu, untuk mempercepatkan proses mengurangkan keradangan ini, suntikan steroid mungkin juga dapat dilakukan di sekitar plantar fascia ini. Walaupun begitu, pesakit dinasihatkan supaya tidak mendapat suntikan ini terlalu kerap kerana ini mungkin menyebabkan komplikasi.

Kebanyakan penghidap masalah plantar fasciitis ini boleh sembuh dengan cara yang disebutkan di atas, walaupun ia mengambil masa beberapa bulan untuk sembuh. B agi segelintir kecil pesakit masalah ini tidak sembuh walaupun beberapa kaedah rawatan dilakukan. Doktor pakar mungkin harus membuat kajian dengan lebih teliti untuk memastikan sakit tumit pesakit bukan berpunca daripada masalah selain plantar fasciitis.

Pembedahan boleh juga ditawarkan bagi segelintir pesakit yang tidak sembuh selepas menjalani rawatan biasa. Rawatan baru bernama Radiofrequency microtenotomy boleh digunakan untuk mempercepatkan proses penyembuhan ini. Dalam prosedur ini, keratan dibuat di tumit pesakit dan plantar fascia yang sakit itu ditebuk supaya proses penyembuhan dapat berlaku.

Info


Golongan berisiko

* Disebabkan masalah ini berpunca daripada masalah penuaan, selalunya ia membabitkan pesakit di lingkungan pertengahan umur.

* Obesiti.

* Ahli sukan seperti pelari.

* Golongan pekerja yang memerlukan banyak pergerakan seperti jururawat n Kaki dengan bentuk gerbang tinggi.

* Tapak kaki yang leper.

* Mereka yang alami masalah otot betis yang tegang juga berisiko alami masalah ini.



Sumber: Berita Minggu - Sun, Jan 23, 2011 - BM Dua - Oleh Suzan Ahmad

Thursday, 29 January 2015

5 Tips Bersaing Dengan Perampas Suami Orang Untuk Para Isteri Yang Teraniaya

5 Tips Bersaing Dengan Perampas Suami Orang Untuk Para Isteri Yang Teraniaya
 
Salah tetap salah. Munculnya watak ‘perampas’ sememangnya paling ditakuti semua pihak baik lelaki mahupun wanita. Sama ada masih bercinta, bertunang ataupun yang sudah mendirikan rumah tangga. Memang sesebuah perhubungan itu bagaikan satu pengembaraan penuh cabaran. Kiri kanan penuh onak ranjau yang menyakitkan. Sama ada ke hutan mahupun lautan, semuanya perlu diredah bersama.
 
Justeru semakin jauh berjalan atau semakin dalam kita di dasar, maka semakin banyaklah pengalaman akan ditemui. Biarpun bertemu ‘kepahitan’ di awalnya tetapi yakinlah kemanisan yang diimpikan pasti ada. Bercinta sekadar sebulan masih mampu diterima, tetapi jika sudah mempunyai tiga anak dan berkahwin lebih 10 tahun akhirnya bertemu jalan buntu, akur dengan kehendak pasangan yang pulang lewat dengan kesan ‘orang ketiga’, itu bukan sesuatu yang kelakar.
 
Jika dahulu, curang sering dituding kepada suami, tetapi sekarang isteri pun sudah berani main kayu tiga. Baru sedikit diduga, sudah berminat mencari yang ‘baru’. Sebelum melakukannya, timbang-timbanglah dengan baik agar rumahtangga kekal bahagia selama-lamanya. Tetapi adakah kita mahu terus memegang salah pasangan kita yang dikatakan curang dengan menerima kunjungan si perampas itu? Jangan menyimpan dendam dan ingat akan kebajikan orang sekeliling khususnya mereka yang sudah pun dikurniakan anak.
 
Kenapa perempuan lain di luar sana selalu menghukum wanita bernama Wan Sakinah, Fasha Sandha, Noniswara, Neelofa, Siti Nurhaliza (sekadar menyebut beberapa nama sebagai contoh) sebagai perampas? Kenyataannya, isteri perlu cermin diri sendiri dulu sebelum menuduh orang lain sesuka hati.
 
Mari lihat lihat bagaiman ‘merampas’ semula suami kita.
 
1. Tenangkan diri, jangan menangis
 
Peringatan kepada mangsa, hentikan tangisan yang sibuk meratapi nasib diri, bangkit dan cari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Jika dilihat, perkahwinan orang lama kebanyakannya bertahan hingga ke hujung nyawa. Pasti ramai yang tertanya bagaimana mereka dapat kekalkan keharmonian itu. Rahsianya mudah saja, gunakan ranjang sebagai penyelesaian setiap konflik yang berlaku. Tidak dinafikan ada hati terluka sebaik mengetahui pasangan bermain kayu tiga, tetapi cuba ‘pulangkan’ kemarahan itu dengan memberi satu `pertarungan’ menarik di ranjang. Jadikan diri anda yang paling hebat dan menakluk kembali hatinya daripada dimiliki orang lain.
 
2. Imbas kenangan manis masa lalu
 
Kepada yang belum berkahwin, cari keserasian semula dengan melakukan sesuatu yang si dia suka, ingatkan memorinya mengenai kasih sayang yang pernah kamu berdua lalui. Kata orang bertepuk sebelah tangan tidakkan berbunyi. Kerana itu apabila mengetahui pasangan berlaku curang, usah segera menyalahkan pihak ketiga. Bersabar dan jangan cepat melatah. Fikirkan jalan terbaik untuk selesaikan dan bukannya menambah masalah.
 
3. Belai manja sambil memuji suami
 
Cari masa yang sesuai untuk berbincang dengan pasangan yang membuat ‘najis’. Seboleh-bolehnya mulakan dengan pujian dan urutan yang melegakan. Jangan sekali-sekali memaksa sekiranya dia tidak mengaku kerana itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Fitrah lelaki sentiasa ingin dibelai. Jika mereka yang menimbulkan masalah, maka gunakan senjata itu untuk memenangi hatinya semula. Biarpun ada perasaan terkilan di hati, tetapi cubalah lupakan seketika demi menyelamatkan rumah tangga. Mungkin apa yang anda berikan selama ini bukan seperti yang diinginkan. Cerminlah diri dan betulkan kesilapan. Selepas itu mulakan hari esok dengan episod kehidupan yang baru.
 
4. Fokus pada keluarga dan anak-anak
 
Fokus pada rumah tangga dan berikan perhatian sepenuhnya kepada perhubungan anda. Kehadiran orang ketiga banyak dikaitkan dengan masalah komitmen dalam perhubungan. Sama ada wanita mahupun si lelaki, kebanyakannya lebih mementingkan kerjaya dan diri sendiri.
Kekurangan komitmen membuatkan pasangan merasa diri tidak diperlukan lantas mencari ‘sumber’ untuk meluahkan perasaan. Dari situlah timbulnya bibit-bibit perkenalan yang melarat ke hubungan percintaan. Menyedari hal yang terjadi, maka fokus pada perkahwinan dan perhubungan anda. Kerja memang perlu tetapi jangan keterlaluan kerana harta dan kekayaan tidak pernah cukup apabila dicari.
 
5. Cuba perbaiki diri sendiri
 
Timbang dan betulkan kesilapan diri. Pasangan jarang memberitahu atau mengaku mengenai hubungan sulitnya. Jadi berkemungkinan anda mengetahuinya mengenai maklumat yang disampaikan atau melihat dengan mata kepala sendiri secara kebetulan atau intipan. Selepas melihat kelebihan ‘pesaing’ maka cubalah sedaya upaya untuk tandingi kemampuannya. Tidak mustahil ada yang mengambil jalan singkat dengan bertemu bomoh, tetapi dalam masalah ini anda adalah penawar yang mampu memulihkan semula keadaan. Berhias dan layan pasangan sebaiknya. Jangan sekali-sekali bertanya apa kurangnya anda berbanding ‘teman istimewanya’ kerana itu hanya akan melukakan hati dan melunturkan semangat untuk memulihkan keadaan.
 
Cuba teknik ini, ia bukan jaminan menyelesaikan konflik anda kerana setiap masalah berlainan ceritanya. Tapi setidak-tidaknya, selesaikan dan selamatkan dulu.

Tuesday, 20 January 2015

Cepat Baik dari Demam: 10 Cara Mudah Yang Anda Boleh Ikut

Cepat Baik dari Demam: 10 Cara Mudah Yang Anda Boleh Ikut

Dalam musim hujan dan cuaca tak menentu, ramai antara kita yang alah dengan cuaca dan mengalami demam. Bila dah demam, banyak urusan seharian terganggu, nak buat apa-apa pun tak larat. Lebih teruk lagi kalau kena selsema, batuk dan sakit tekak.

Berikut ada beberapa cara mudah untuk segera baik dari demam.

1. Minum air dengan banyak.
Minum air yang banyak boleh mengelakkan tekak kita jadi kering dan sakit. Selain ia elakkan hidrasi pada badan, air boleh buang toksin dalam badan. Badan pun lagi mudah lawan penyakit bila toksin dah buang. Aliran perkumuhan dalam badan jadi lebih lancar.


2. Elak dari minum kopi

Kopi memang sedap di minum, tetapi ia tidak digalakkan minum bila kita demam. Kenapa? sebab kandungannya boleh menyebabkan badan terdehidrasi / hilang air. Orang demam perlukan air dalam badan dengan banyak.

3. Wap Air dan Mandi Air Panas

Mandi air panas dipercayai boleh membantu hilangkan demam. Cara lain adalah dengan menggunakan wap air yang dimasukkan dalam besen, dan hidu wap panas itu. Ia boleh hilangkan hidung tersumbat. Dengan suhu tinggi itu, dipercayai ia boleh membantu mematikan virus melalui saluran pernafasan.

4. Sup Panas
Dari sumber orang barat, sup panas adalah salah satu cara tradisional untuk membantu baik dari demam. Selain ia mempunyai kandungan air yang tinggi untuk elak hidrasi, ia boleh membantu mengurangkan jangkitan virus melalui wap panas. Ada juga pendapat menyatakan bahawa ia juga boleh mengatasi masalah pernafasan ketika demam.

5. Gunakan wap humidifier
Humidifier bagus untuk tambah wap dalam udara. Rongga pernafasan pun akan bertambah lancar apabila guna humidifier, dan melegakan hidung tersumbat. Perlu diingat, penggunaan humidifier pun kena dipantau supaya tiada kulat disebar bersama wap.

6. Rehat
Orang demam perlukan lebih rehat. Kena rehat, rehat dan rehat. Badan yang cukup rehat boleh lawan virus dalam badan dengan lebih berkesan dan cekap. Sekiranya demam, anda disaran duduk rumah dan matikan telefon bimbit. Cubalah untuk rehatkan mental dan fizikal.

7. Kumur-kumur dengan air garam.
Sakit tekak akan menyebabkan demam semakin teruk. Kumur dengan air garam dipercayai boleh membantu mengurangkan sakit tekak. Larutkan setengah sudu garam ke dalam segelas air dan kumur sebanyak 5-6 kali.

8. Jangan merokok
Merokok akan menyebabkan demam bertambah teruk. Simptom demam seperti sakit tekak dan sakit kepala akan lebih memudaratkan jika merokok. Cuba jauhkan diri juga dari perokok kerana ia mungkin menyebabkan kesan yang lebih teruk dari merokok.


9. Kawal pemakanan
Makan makanan yang mengandungi vitamin C seperti sayur dan buah-buahan boleh membantu badan melawan virus punca demam. Vitamin C boleh menguatkan daya tahan badan kepada penyakit. Ia juga membantu sel darah putih untuk menentang virus. Contoh makanan adalah:

Bawang putih
Madu
Peppermint
Oren, Lemon, Anggur, Parsli, Kobis Bunga
Makanan yang mengandungi mineral Zink

10. Elakkan dari senaman
Anda di galakkan berehat dari aktiviti senaman supaya badan dapat menyimpan tenaga melawan virus dalam badan

Resepi Mushroom soup

Assalamualaikum.....
Da lama da dok terpikir nak buat mushroom soup yg ala2 pizza hut tu.. Tp kekangan masa Dan keadaan yg tidak mengizinkan sampai la skrg ni xd la buat2...hihihi xp...kita cari resepi dulu nnt kita buat ye...heheheheh

Selamat mencuba!!!

MUSHROOM SOUP
BAHAN:
300 ml air ~ ley tambah jika nak kuah lebih
500 ml susu segar 
1 atau 2 ketul kiub pati ayam knorr
1/2 st daun parsley kering
1/2 st serbuk lada hitam
sedikit garam
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sb mentega
serbuk perasa jika suka
1 tin cendawan butang dalam tin ~ buang air dan hiris atau cincang halus
** resepi asal dia letak isi ayam yang dipotong halus - aku xletak sebab xde ayam hehe
CARA:
masukkan air dan susu ke dalam periuk...biarkan ia mendidih baru masukkan kiub pati ayam
kacau sebati dalam 2-3 minit masukkan serbuk lada hitam + cendawan butang..kacau lagi dalam 15 minit
masukkan daun parsley kering + mentega + garam dan kacau selalu dalam 10 minit
tepung gandum dibancuh dengan air dan kacau supaya tidak berketul kemudian boleh tapis ke dalam periuk tapi aku xtapispon terus je masuk...
kacau sebati sehingga sup agak pekat..aku renehkan agak lama supaya semua masak dan sebati
sedia dihidang bersama garlic bread...
GARLIC BREAD
roti perancis - hiris
2 sb mentega
secubit daun parsley kering
1 ulas bawang putih bakar sekejap dan tumbuk halus - cincang pon pe..

CARA:
campurkan semua bahan dan sapukan atas roti yg telah dipotong
letakkan atas kuali leper...
masak hingga garing dan keperangan

Monday, 19 January 2015

Amalan yg baik....

Utk para ibu2 tersyg...
Dari Prof Muhaya Salam semua..
Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya

Kelebihan bercium...

Fadhilat Cium ANAK
*******************
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dgn satu darjat syurga. Nisbah antar
a dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kg kesenangan, tiada masuk ke dlmnya melainkan org yg menyukai kanak2.

Brg siapa keluar ke pekan & membeli barang2 & kembali ke rmh dgn buah tangan utk anak2nya, nescaya mendpt rahmat drpd Allah & tdk diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dgn wujudnya sifat suka mencium anak, hormon & bau anak kita itu akan sebati ke dlm otak kita sekaligus mesej yg mengatakan "aku syg anak aku" akan tersemat terus ke dlm jiwa.

ii) Fadhilat Cium SUAMI
********************
Bila isteri salam & cium tangan suami, maka gugurlah dosa2 kecil si isteri. Restu seorg suami tu penting dlm rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dpt pahala. Suami pun mendpt pahala juga kalau di kucup dahi isteri.

Satu lagi perkara yg ramai isteri tdk sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit shj isteri yg tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami & dlm dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

iii) Fadilat Cium ISTERI
********************
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sbg satu perkara yg baik, bahkan dpt memberikan pahala kpd suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yg gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dgn keriangan. Dilihat kpd Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.

Kesimpulannya:
*************
Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin @ mendirikan rumahtangga. Kerana jika tdk diamalkan skrg, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

Nota:
---------------------
Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri...

Klu dah mati bru nk cium dan peluk...itu dah takde maknanya lg. Dah jd mayat kaku...takde rasa apa selain kesal.